Monday, May 4, 2009

Latihan Kini Bermula!!!

Pertandingan peringkat negeri kian hampir......latihan telah pun dimulakan....tetapi, as usual...team Kompang D'Perdana ni akan mula buat hal....yg kadang2 tak tertanggung rasanya nak hadapi. Kalau diarahkan datang latihan jam 2.30 ptg, jam 3.30 ptg belum tentu boleh mula latihan sbb belum cukup ahli. Setiap hari mama akan membebel perkara yg sama...hinggakan mama sendiri dah mula rasa tension. Bila dah mula latihan macam ni, means dapur kat rumah mama tak akan berasap lagi lah utk beberapa minggu ni......weekend jer lah mama masak utk anak-anak mama tu.....sbb hari-hari lain, mama busy dgn latihan with Kompang D'Perdana.
Kulit mama pun dah mula kelam dan kelabu asap ni....huhuhuhu. tambah lagi tension dgn sikap anak-anak murid ni...yg tak nak ikut cakap mama......hurm...
Buat semua ahli pasukan Kompang D'Perdana,
Bukan mudah utk kita mencapai kejayaan....byk kesusahan yg perlu kita tempuhi demi utk menggapai kemenangan yg kita impikan! Satu impian kita telah tercapai....menjadi johan Daerah dan mewakili daerah Hulu Langat ke peringkat negeri. Tetapi, jangan lah kita ke sana hanya sebagai wakil......biarlah kita ke sana bersama-sama dengan persaingan sengit daripada pihak kita...sekurang-kurangnya mereka di luar sana akan sedar, bahawa Daerah Hulu Langat tidak kurang hebatnya.....SMKBDP tidak kurang tajam taringnya!
Jangan lah terlalu leka dengan kenangan indah kemenangan lalu....kita perlu bangkit utk memberi cabaran dan membuat persembahan yang lebih MANTAP dan HEBAT! Lawan kita bukan calang-calang lawan....semuanya adalah yg telah bergelar JUARA dan pastinya adalah yg TERHEBAT di antara yang HEBAT!
Bersungguh-sungguh lah anak-anak sekalian.....mama dan semua pihak di sekolah mengharapkan kejayaan daripada kalian buat kali ke-2! GO DAMAI GO!
DAMAI MARA, DAMAI JUARA!!!

No comments:

Post a Comment