Tuesday, August 18, 2009

PERSEMBAHAN DI SMK JALAN REKO, KAJANG

Pada 15 Ogos 2009, hari Sabtu, pasukan Kompang Dperdana telah menerima undangan daripada pihak SMK Jalan Reko, Kajang untuk mengadakan persembahan sempena Hari Anugerah Kokurikulum sekolah tersebut.Ketibaan pasukan Kompang D'Perdana telah disambut oleh Puan Noriza, isteri kepada PK Kokurikulum D'Perdana, En. Yusup Hamid yang merupakan tenaga pengajar di sekolah berkenaan.
Alhamdulillah, pasukan Kompang D'Perdana telah melaksanakan amanah dan kepercayaan SMK Jalan Reko dengan cemerlang! Dan pastinya mendapat tepukan yang gemuruh daripada warga SMK Jalan Reko.
Semoga tahun hadapan, SMK Jalan Reko juga akan mempunyai satu pasukan kompang formasi yang mantap. Sama-sama kita harumkan nama PPD Hulu Langat dengan paluan kompang formasi...kita gegarkan dominasi daerah lain dalam aktiviti ini!
Sekalung penghargaan daripada kami kepada Pengetua SMK Jalan Reko, Penolong-penolong kanan, guru-guru dan semua warga SMK Jalan Reko atas kesudian menjemput kami dan juga layanan istimewa kepada kami. InsyaAllah, ada umur, kita bersua lagi....


Bergambar kenang-kenangan sebelum pulang ke D'Perdana

Barisan guru SMK Jalan Reko yang segak dan hebat-hebat...


Go Damai....Go!

Inilah pasukan Kompang D'Perdana 2009...

Sunday, August 9, 2009

Aktiviti Terbaru - Kompang D'Perdana

Dah agak lama juga blog ni tak di 'update". Kesibukan dengan tugas-tugas hakiki membuatkan mama seakan terlupa kepada blog ini.

Ni nak upload gambar-gambar sekitar sambutan hari guru peringkat sekolah yang telah diadakan pada 29 Mei 2009. Pada hari tersebut, pasukan Kompang D'Perdana seperti biasa, memeriahkan majlis dengan paluan kompang menyambut perarakan masuk guru-guru SMK Bandar Damai Perdana. Majlis diserikan lagi dengan paluan kompang dan nyanyian lagu "Dia Datang". Cukup terasa kemeriahannya!





Memandangkan sambutan Hari Guru diadakan sehari sebelum Pertandingan Kompang Formasi Peringkat Negeri Selangor, maka pasukan Kompang D'Perdana telah mempersembahkan formasi kompang di hadapan barisan guru SMK Bdr Damai Perdana sebagai tanda memohon doa dan restu untuk meneruskan perjuangan mengharumkan nama sekolah.


Barisan guru-guru yang segak berpakaian bertemakan warna hijau...

Membaca doa sebelum memulakan persembahan...
Terima kasih mama ucapkan atas persembahan yang cukup bertenaga dan menghiburkan. Ini pula persembahan silat daripada dua pesilat hebat sekolah..:)

Ketika sambutan Hari Guru ini juga, mama begitu berbesar hati dan terharu kerana anak-anak ahli Pasukan Kompang D'Perdana telah membuat kejutan, menghadiahkan sebiji kek sempena hari lahir Puan Pengetua dan juga guru-guru SMKBDP yang menyambut hari lahir pada 16 Mei. Sayangnya mama tidak sempat mengambil gambar kalian membawa kek sambil menyanyikan lagu "Allah Selamatkan Kamu"....mama bertugas sebagai emcee masa tu...:)
Alhamdulillah...penglibatan aktif anak-anak dalam aktiviti ko-kurikulum sebegini telah berjaya menanam sifat-sifat yang positif dalam diri anak-anak D'Perdana...SYABAS!

Saturday, June 13, 2009

SAJA UPDATE....

Lama mama tak update blog ni yer....since takde latihan dan pertandingan...hhehehehe.

Next project, main kompang untuk Graduasi Tingkatan 5. Maybe mama akan libatkan F4 dan F3 jer, raikan senior-senior F5 kompang tu utk graduation day diorg.

Mama Gee ada plan nak libatkan Kompang D'Perdana ni untuk bahagian persembahan jugak...supaya senang nak deal dengan satu kumpulan jer....boleh kot kan?

After this....kita buat latihan untuk formasi-formasi baru...next year taklah penat sangat nak training.....

Sunday, May 31, 2009

Pertandingan Kompang Formasi Peringkat Negeri Selangor 2009

Semalam, 30 Mei 2009, telah berlangsung pertandingan Kompang Formasi peringkat negeri di Shah Alam....

Kompang D'Perdana mewakili Daerah Hulu Langat ke pertandingan tersebut. Giliran persembahan adalah yang pertama......mmg cukup menguji kemampuan pasukan Kompang D'Perdana.....

Alhamdulillah....semuanya berlangsung dgn baik....saingan juga hebat2....gerun le jugak di hati kami para guru SMKBDP yang menonton ni.....

Keputusan rasmi :

Johan : daerah Gombak....SMK Sg. Kertas yg mmg umum telah mengetahui, merupakan jaguh dalam bidang ini...

Naib Johan : daerah Klang...SMK Bukit Kuda yg diwakili oleh pelajar perempuan...yg pd minggu sebelumnya telah mendapat tempat ke-3 dlm pertandingan kompang Rakan Muda peringkat negeri ( johan ialah daerah Hulu Langat & Naib Johan adalah Kuala Langat)

Ketiga : daerah Hulu Langat....yang diwakili oleh Kompang D'Perdana dr SMK Bandar Damai Perdana....

Komen mama:

Adat pertandingan ada kalah dan menang....penjurian adalah sangat abstrak...ingat lagi pesanan Pengetua? Semua persembahan pastinya hebat2....cuma....pasukan yang akan menang adalah pasukan yang berjaya MENAMBAT HATI JURI DAN HAKIM......so, fikir-fikirkan lah....

Apapun, TAHNIAH dr mama, mama Gee dan juga seluruh warga SMKBDP atas kejayaan-kejayaan yang telah kalian raih....sekurang2 nya, sekarang ini nama D'Perdana telah terukir megah dlm catatan aktiviti kokurikulum daerah Hulu Langat.....

Pesanan buat kalian....

Teruskan perjuangan! Teruskan kecemerlangan! Selagi kalian ada keinginan dan iltizam utk berjaya, mama dan mama Gee serta seluruh warga SMKBDP akan terus membantu kalian!

p/s: Utk Aiman....tukar capal tu.....cari yg saiz awak...supaya selesa dan yakin ketika membuat persembahan...... :)

Sunday, May 24, 2009

Gambar Santai Di PPDHL.....

Udah macam rupa pengantin lari pun yer jugak ni....

Cuba perhatikan Zul tu......macam SESUAI betul dia pakai songkok Benggali tu kan......hehehhe

Sempat lagi Aminur ngan Hakim main cak-cak ek.....


Ni...pesen apa ntah...dah jd macam Kesateria Baja Hitam...citer robot masa mama kecik2 dulu dah ni...hahahaha....Ezzriq yg perasana hensem..... :p


Wan a.k.a Tonggek...sempat lagi tayang gigi dia tu....Maitain "hensem" jer si Wan ni.....aduuuhhh

Tengah standby tunggu VIP....perasan tak apa yg pelik ngan si Azren tuh.....???

Pertandingan Sempena Pelancaran Program Rakan Muda Peringkat Negeri Selangor 2009

Bertarikh 23 Mei 2009, Sabtu bertempat di PPD Hulu Langat, Kompang D'Perdana telah menyertai pertandingan kompang Rakan Muda peringkat negeri Selangor. Selain drpd mewakili daerah Hulu Langat, pasukan kompang D'Perdana juga telah dipertanggungjawabkan untuk menyambut ketibaan YB Timbalan Menteri Belia Dan Sukan dan membuat persembahan utk gimik perasmian. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.....ahli-ahli pasukan Kompang D'Perdana semuanya segak bergaya... Pertandingan Kompang dilangsungkan pada jam 11.30 pagi, dan Kompang D'Perdana mendapat giliran yang ke-6. Hanya satu daerah sahaja yang tidak menghantar wakil. Semua wakil daerah memberikan persembahan yang mantap dan memberi saingan antara satu sama lain. Kompang D'Perdana juga telah memberikan persembahan yang cemerlang meskipun di bawah panas terik matahari....memang panas betul!!! Dan.....Abdul Hakim telah memecahkan satu kompang.....aduhhhh.....huhuhuuh... Keputusan pertandingan.......Kompang D'Perdana muncul JUARA sekali lagi!!! Yeehhhhaaaaa....!!! TAHNIAH buat pasukan kompang D'Perdana.....erk....Pizza yer??? nanti mama pujuk En. Usup ek......hehehhehe...insyaAllah.....ada la rezeki kita tu.....





Hebat jugak bila sesekali berpencak silat yer.....


Jom layan gambar di hari pertandingan tersebut....




Senyum lebar semuanya...mentang-mentang first time kena interview...hahahha

Gambar-gambar lain akan menyusul.......nantikan......hehehhe

Thursday, May 14, 2009

Latihan Dan Pertandingan

Lama jugak mama tak update blog ni yer.....sibuk sangat. Dengan peperiksaan, latihan, shopping baju kompang......hehehhehe.
Alhamdulillah, baju mama dah anta tempah kat tailor, samping pun mama dah beli td ngan mama Gee...mmg penat sangat....lenguh kaki berjalan ni.....

23 hb Mei - Kompang D'Perdana kena mewakili daerah Hulu Langat ke pertandingan kompang formasi Rakan Muda Selangor....dan pada hari yg sama juga, kita akan menyambut ketibaan Timbalan Menteri Belia dan Sukan.....seriously, hati mama dah tak tenang....risau ni. Dengan latihan yang terpaksa kita tangguhkan sebab exam mid year...dgn keje yg menimbun.....aduhhhhh.....

hopefully, segala-galanya akan baik. Cikgu Jalal sms, insyaAllah dia akan dtg tgk masa 23hb tu nnt......:)