Sunday, May 31, 2009

Pertandingan Kompang Formasi Peringkat Negeri Selangor 2009

Semalam, 30 Mei 2009, telah berlangsung pertandingan Kompang Formasi peringkat negeri di Shah Alam....

Kompang D'Perdana mewakili Daerah Hulu Langat ke pertandingan tersebut. Giliran persembahan adalah yang pertama......mmg cukup menguji kemampuan pasukan Kompang D'Perdana.....

Alhamdulillah....semuanya berlangsung dgn baik....saingan juga hebat2....gerun le jugak di hati kami para guru SMKBDP yang menonton ni.....

Keputusan rasmi :

Johan : daerah Gombak....SMK Sg. Kertas yg mmg umum telah mengetahui, merupakan jaguh dalam bidang ini...

Naib Johan : daerah Klang...SMK Bukit Kuda yg diwakili oleh pelajar perempuan...yg pd minggu sebelumnya telah mendapat tempat ke-3 dlm pertandingan kompang Rakan Muda peringkat negeri ( johan ialah daerah Hulu Langat & Naib Johan adalah Kuala Langat)

Ketiga : daerah Hulu Langat....yang diwakili oleh Kompang D'Perdana dr SMK Bandar Damai Perdana....

Komen mama:

Adat pertandingan ada kalah dan menang....penjurian adalah sangat abstrak...ingat lagi pesanan Pengetua? Semua persembahan pastinya hebat2....cuma....pasukan yang akan menang adalah pasukan yang berjaya MENAMBAT HATI JURI DAN HAKIM......so, fikir-fikirkan lah....

Apapun, TAHNIAH dr mama, mama Gee dan juga seluruh warga SMKBDP atas kejayaan-kejayaan yang telah kalian raih....sekurang2 nya, sekarang ini nama D'Perdana telah terukir megah dlm catatan aktiviti kokurikulum daerah Hulu Langat.....

Pesanan buat kalian....

Teruskan perjuangan! Teruskan kecemerlangan! Selagi kalian ada keinginan dan iltizam utk berjaya, mama dan mama Gee serta seluruh warga SMKBDP akan terus membantu kalian!

p/s: Utk Aiman....tukar capal tu.....cari yg saiz awak...supaya selesa dan yakin ketika membuat persembahan...... :)

1 comment:

  1. Waduh! Hebat korang yek. Apapun, tahniah buat kalian. InsyaAllah, dilain pertandingan tambat2lah hati juri2 tu.

    Tak ketinggalan buat Mama n Mama Gee. Tahniah kerna berjaya membimbing anak2 menjadi ahli kompang yg ade jatidiri.

    Jumpa lagi. Semuga berjaya dihari2 mendatang.

    Salam dari Kuale Kangsor.

    Yang bona,
    ~ Papa ArahMan7

    ReplyDelete