Ni nak upload gambar-gambar sekitar sambutan hari guru peringkat sekolah yang telah diadakan pada 29 Mei 2009. Pada hari tersebut, pasukan Kompang D'Perdana seperti biasa, memeriahkan majlis dengan paluan kompang menyambut perarakan masuk guru-guru SMK Bandar Damai Perdana. Majlis diserikan lagi dengan paluan kompang dan nyanyian lagu "Dia Datang". Cukup terasa kemeriahannya!
Terima kasih mama ucapkan atas persembahan yang cukup bertenaga dan menghiburkan. Ini pula persembahan silat daripada dua pesilat hebat sekolah..:)
Ketika sambutan Hari Guru ini juga, mama begitu berbesar hati dan terharu kerana anak-anak ahli Pasukan Kompang D'Perdana telah membuat kejutan, menghadiahkan sebiji kek sempena hari lahir Puan Pengetua dan juga guru-guru SMKBDP yang menyambut hari lahir pada 16 Mei. Sayangnya mama tidak sempat mengambil gambar kalian membawa kek sambil menyanyikan lagu "Allah Selamatkan Kamu"....mama bertugas sebagai emcee masa tu...:)
Alhamdulillah...penglibatan aktif anak-anak dalam aktiviti ko-kurikulum sebegini telah berjaya menanam sifat-sifat yang positif dalam diri anak-anak D'Perdana...SYABAS!
No comments:
Post a Comment