Tuesday, August 18, 2009

PERSEMBAHAN DI SMK JALAN REKO, KAJANG

Pada 15 Ogos 2009, hari Sabtu, pasukan Kompang Dperdana telah menerima undangan daripada pihak SMK Jalan Reko, Kajang untuk mengadakan persembahan sempena Hari Anugerah Kokurikulum sekolah tersebut.Ketibaan pasukan Kompang D'Perdana telah disambut oleh Puan Noriza, isteri kepada PK Kokurikulum D'Perdana, En. Yusup Hamid yang merupakan tenaga pengajar di sekolah berkenaan.
Alhamdulillah, pasukan Kompang D'Perdana telah melaksanakan amanah dan kepercayaan SMK Jalan Reko dengan cemerlang! Dan pastinya mendapat tepukan yang gemuruh daripada warga SMK Jalan Reko.
Semoga tahun hadapan, SMK Jalan Reko juga akan mempunyai satu pasukan kompang formasi yang mantap. Sama-sama kita harumkan nama PPD Hulu Langat dengan paluan kompang formasi...kita gegarkan dominasi daerah lain dalam aktiviti ini!
Sekalung penghargaan daripada kami kepada Pengetua SMK Jalan Reko, Penolong-penolong kanan, guru-guru dan semua warga SMK Jalan Reko atas kesudian menjemput kami dan juga layanan istimewa kepada kami. InsyaAllah, ada umur, kita bersua lagi....


Bergambar kenang-kenangan sebelum pulang ke D'Perdana

Barisan guru SMK Jalan Reko yang segak dan hebat-hebat...


Go Damai....Go!

Inilah pasukan Kompang D'Perdana 2009...

1 comment:

  1. smk jalan reko thise jln reko is very good!!!!!!

    ReplyDelete