Tuesday, April 21, 2009
Monday, April 20, 2009
Ramai Yg Tumpang Gembira & Bangga!!!
Hari ni, telah diadakan penyampaian hadiah kepada pasukan Kompang D'Perdana ketika perhimpunan rasmi sekolah. Mama yang tak berkompang ni pun....waaahhh..dah jd mcm selebriti pulak...ramai cikgu-cikgu yg menghulur salam mengucapkan tahniah....senyum lebar mama ari ni.... :p
Masa mama nak umumkan keputusan pertandingan pun.....pelajar-pelajar lain dh mula bertepuk tangan...maybe sbb diorg ni ada yg dah tahu keputusan. Perasaan mama masa tu.....cukup terharu dan berbesar hati...kerana rupa-rupanya kejayaan kita telah diraikan oleh semua pihak. Satu pemandangan yg jarang sekali dapat kita lihat di sekolah tersebut. Betapa bangga pelajar-pelajar D'Perdana dan guru-guru dengan pencapaian Pasukan Kompang D'Perdana!!!
InsyaAllah....mama dan Mama Gee akan teruskan usaha kami utk membimbing kalian...dan seterusnya membawa nama sekolah kita dan daerah Hulu Langat ke mercu kebanggaan. Menang atau kalah adalah adat pertandingan....tetapi...biarlah kita tewas secara bermaruah andai mmg kemenangan belum menjadi rezeki kita.....dan sekiranya kita menang...biarlah kemenangan itu adalah suatu yg mutlak....tiada dapat disangkal oleh orang lain.....insyaAllah!
Saturday, April 18, 2009
DAMAI MARA, DAMAI JUARA!!!!
TAHNIAH mama ucapkan kepada semua yg terlibat.....semua ahli pasukan kompang D'perdana.....tak terkata rasanya....dan tak tergambar kegembiraan mama bila pasukan kita diumumkan sebagai JOHAN dalam pertandingan Paluan Kompang Dan Formasi PPDHL. Kemenangan ini sekaligus memberikan kita satu lagi amanah dan tanggungjawab yang besar....mewakili daerah Hulu Langat ke pertandingan peringkat negeri bulan depan.
Buat anak-anak mama : Nor Hafiz Shahfiq sbg leader, Hafiz Aziz, Azren Asri, Shafiq Iberahim, Khairul Nizam Sunid, Dzulfiqar Ismail, Aminur Hakeem, Abdul Hakim, Mohd. Amirul, Wan Amirul Asyraf, Firdaus, Afnan Rahimi, Surya Prakash, Faizai Razali dan Aiman...serta Syafiq Sazali yg kemalangan....TAHNIAH dan TERIMA KASIH dr mama keran telah mengharumkan nama SMKBDP...
WE DID IT!!! Segala jerih dan kesusahan....terbayar sudah. KITA BUAT SAMPAI JADI utk peringkat negeri pula......GO DAMAI GO!!!
Buat anak-anak mama : Nor Hafiz Shahfiq sbg leader, Hafiz Aziz, Azren Asri, Shafiq Iberahim, Khairul Nizam Sunid, Dzulfiqar Ismail, Aminur Hakeem, Abdul Hakim, Mohd. Amirul, Wan Amirul Asyraf, Firdaus, Afnan Rahimi, Surya Prakash, Faizai Razali dan Aiman...serta Syafiq Sazali yg kemalangan....TAHNIAH dan TERIMA KASIH dr mama keran telah mengharumkan nama SMKBDP...
WE DID IT!!! Segala jerih dan kesusahan....terbayar sudah. KITA BUAT SAMPAI JADI utk peringkat negeri pula......GO DAMAI GO!!!
Friday, April 17, 2009
Thursday, April 16, 2009
~~ Fitting Day ~~
Huhuhuh....setelah bertungkus-lumus, contact sana contact sini...akhirnya dapat jugak baju yg best utk anak2 mama ni.......sib baik ada Den Wahab.....budimu kukenang ke akhir hayat....
esok pagi ada full rehearsal....semoga dengan sokongan dan semangat dr guru-guru....kejayaan jd milik kita.....InsyaAllah...
Capal......hurm...belum settle lagi tu...esok lah pikir......mama dah pening ni. Mama Gee pun dah pening agaknya......aduhhh...
esok pagi ada full rehearsal....semoga dengan sokongan dan semangat dr guru-guru....kejayaan jd milik kita.....InsyaAllah...
Capal......hurm...belum settle lagi tu...esok lah pikir......mama dah pening ni. Mama Gee pun dah pening agaknya......aduhhh...
Wednesday, April 15, 2009
~~ Hari Yg Penuh Cerita Duka ~~
Pada saat-saat akhir menunggu detik pertandingan, salah seorang ahli pasukan Kompang D'Perdana telah mengalami kemalangan jalan raya. Sepatutnya ptg td, ahli tersebut...Black, dtg utk menjalani latihan...tetapi hingga ke jam 5 ptg Black masih tak muncul. Rupa-rupanya, Black kemalangan dan ketika dihubungi ptg td...masih berada di Hospital Ampang.
Innalillah.....hurmmm....mama tak tahulah nak cakap apa kat Black ni. Black langsung takde inform mama kenapa tak boleh attend latihan hari ni....tapi mama dengar dari rakan-rakan yg lain, Black nak ke Pangsun. Mama harap, Black tidak membohongi ibu Black tentang hal ke Pangsun tu. Jangan jadi macam seorang kawan Black tu; pada ibu sendiri dia beritahu bahawa dia ke sekolah untuk latihan kompang bersama mama....pada mama pulak, dia bgtahu, dia ada kat rumah ketika org lain tgh sibuk berlatih kompang. Ibu dia pun dia bohongi...mama pun dia tipu.....kecewa mama!
Dan hari ini juga....latihan telah terganggu oleh suatu perkara yang sebenarnya, amat mengecewakan mama....di depan kalian, mama tersenyum dan masih boleh ketawa....tetapi di belakang kalian.....hanya Allah yg tahu.....Semoga mama masih mampu bersabar sehingga tamat pertandingan....
Ingat pesanan Pengetua melalui SMS yg mama bacakan di hadapan kalian..."....bersungguh-sungguh". Sampai sekarang mama masih simpan SMS itu sbg amanah drpd Pengetua untuk kita semua.....KITA BUAT SAMPAI JADI!
Tuesday, April 14, 2009
Kenangan Majlis Graduasi Ting. 5 2008
~~ Latihan Untuk Pertandingan Paluan Kompang & Formasi ~~
Pagi tadi telah diadakan latihan bagi memantapkan pukulan dan formasi. Walaupun tanpa leader yang tidak dapat hadir kerana demam, pasukan Kompang D'Perdana telah memberikan persembahan yang mantap semasa sesi latihan tersebut.....Catatan masa juga sangat baik....
Namun yang demikian, masih ada beberapa ahli pasukan yang perlu memperbaiki pergerakan kaki supaya tampak lebih 'smart' dan 'macho'...baru ler namanyer Kompang D'Perdana...hehehhe.
Sekalung penghargaan buat Puan Pengetua, Pn. Hjh Maimun Ahmad dan juga PK Kokurikulum, En. Yusup Hamid kerana memberi sepenuh sokongan kepada pasukan Kompang D'Perdana. Janji kami....akan melakukan yang terbaik pada pertandingan 18 April ini. Menang atau kalah...biarlah Allah s.w.t yang tentukan.....tapi kami pasti akan memberikan saingan kepada pasukan-pasukan lain. Kiranya bukan rezeki kami untuk menang, tahun hadapan pasti kami akan kembali ke gelanggang dengan satu perubahan!
Apa-apapun....doakan KEJAYAAN KAMI!
Monday, April 13, 2009
~~ Sekitar Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah ~~
Tengah berehat sambil mendengar ceramah yg disampaikan oleh ustaz jemputan khas...
Yang tersengih nampak gigi tuh....itulah leader Kompang D'Perdana, Mohd. Nor Hafiz Shahfiq a.k.a Kapal.....tak pasti pulak kapal layar ke, kapal selam ke, atau kapal terbang.....hehehhe
Tunggu masa utk berarak.....semua tgh sibuk recall selawat tu.....
awat muka Zul berkerut semacam???
Antara sepanduk yg dipertandingkan pada hari tersebut...
Lambat pulak nak mula berarak ni....tak sabar dah ni.....
Tahniah buat anak-anak didik Kompang D'Perdana....I'm very proud of u all!!!
Sunday, April 12, 2009
~~ Pembuka Tirai 2009 ~~
~~ Kompang D'Perdana ~~
Kompang D'Perdana merupakan satu pasukan kompang yang telah ditubuhkan bermula tahun 2004 di SMK Bandar Damai Perdana, Cheras, Selangor.
Pada mulanya, ia ditubuhkan sebagai pasukan sekolah yang akan memeriahkan majlis-majlis rasmi anjuran pihak sekolah namun setahun kemudian, iaitu pada tahun 2005, pasukan ini telah diserap ke dalam Unit Kokurikulum dengan nama Kelab Kompang & Nasyid.
Bermula hanya dengan 10 orang ahli dan hanya 10 buah kompang, tanpa jurulatih profesional untuk melatih mereka. Namun, kesemua ahli pasukan sebenarnya telah mempunyai kemahiran berkompang yang baik dan sesekali, beberapa pengajar luar dijemput untuk memberi latihan kepada mereka secara percuma.
Kredit dari kami untuk En. Azhar Mukri, En. Jalaluddin Md. Zin, En. Khairuddin Md. Zin dan juga Pn. Zainon Md. Zin yang telah sudi memberi tunjuk ajar kepada ahli pasukan Kompang D'Perdana pada peringkat awal penubuhan pasukan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)