Wednesday, April 15, 2009

~~ Hari Yg Penuh Cerita Duka ~~

Pada saat-saat akhir menunggu detik pertandingan, salah seorang ahli pasukan Kompang D'Perdana telah mengalami kemalangan jalan raya. Sepatutnya ptg td, ahli tersebut...Black, dtg utk menjalani latihan...tetapi hingga ke jam 5 ptg Black masih tak muncul. Rupa-rupanya, Black kemalangan dan ketika dihubungi ptg td...masih berada di Hospital Ampang.
Innalillah.....hurmmm....mama tak tahulah nak cakap apa kat Black ni. Black langsung takde inform mama kenapa tak boleh attend latihan hari ni....tapi mama dengar dari rakan-rakan yg lain, Black nak ke Pangsun. Mama harap, Black tidak membohongi ibu Black tentang hal ke Pangsun tu. Jangan jadi macam seorang kawan Black tu; pada ibu sendiri dia beritahu bahawa dia ke sekolah untuk latihan kompang bersama mama....pada mama pulak, dia bgtahu, dia ada kat rumah ketika org lain tgh sibuk berlatih kompang. Ibu dia pun dia bohongi...mama pun dia tipu.....kecewa mama!
Dan hari ini juga....latihan telah terganggu oleh suatu perkara yang sebenarnya, amat mengecewakan mama....di depan kalian, mama tersenyum dan masih boleh ketawa....tetapi di belakang kalian.....hanya Allah yg tahu.....Semoga mama masih mampu bersabar sehingga tamat pertandingan....
Ingat pesanan Pengetua melalui SMS yg mama bacakan di hadapan kalian..."....bersungguh-sungguh". Sampai sekarang mama masih simpan SMS itu sbg amanah drpd Pengetua untuk kita semua.....KITA BUAT SAMPAI JADI!

No comments:

Post a Comment