Sunday, April 12, 2009

~~ Kompang D'Perdana ~~


Kompang D'Perdana merupakan satu pasukan kompang yang telah ditubuhkan bermula tahun 2004 di SMK Bandar Damai Perdana, Cheras, Selangor.

Pada mulanya, ia ditubuhkan sebagai pasukan sekolah yang akan memeriahkan majlis-majlis rasmi anjuran pihak sekolah namun setahun kemudian, iaitu pada tahun 2005, pasukan ini telah diserap ke dalam Unit Kokurikulum dengan nama Kelab Kompang & Nasyid.

Bermula hanya dengan 10 orang ahli dan hanya 10 buah kompang, tanpa jurulatih profesional untuk melatih mereka. Namun, kesemua ahli pasukan sebenarnya telah mempunyai kemahiran berkompang yang baik dan sesekali, beberapa pengajar luar dijemput untuk memberi latihan kepada mereka secara percuma.


Kredit dari kami untuk En. Azhar Mukri, En. Jalaluddin Md. Zin, En. Khairuddin Md. Zin dan juga Pn. Zainon Md. Zin yang telah sudi memberi tunjuk ajar kepada ahli pasukan Kompang D'Perdana pada peringkat awal penubuhan pasukan ini.

No comments:

Post a Comment