Monday, April 20, 2009

Ramai Yg Tumpang Gembira & Bangga!!!

Hari ni, telah diadakan penyampaian hadiah kepada pasukan Kompang D'Perdana ketika perhimpunan rasmi sekolah. Mama yang tak berkompang ni pun....waaahhh..dah jd mcm selebriti pulak...ramai cikgu-cikgu yg menghulur salam mengucapkan tahniah....senyum lebar mama ari ni.... :p
Masa mama nak umumkan keputusan pertandingan pun.....pelajar-pelajar lain dh mula bertepuk tangan...maybe sbb diorg ni ada yg dah tahu keputusan. Perasaan mama masa tu.....cukup terharu dan berbesar hati...kerana rupa-rupanya kejayaan kita telah diraikan oleh semua pihak. Satu pemandangan yg jarang sekali dapat kita lihat di sekolah tersebut. Betapa bangga pelajar-pelajar D'Perdana dan guru-guru dengan pencapaian Pasukan Kompang D'Perdana!!!
InsyaAllah....mama dan Mama Gee akan teruskan usaha kami utk membimbing kalian...dan seterusnya membawa nama sekolah kita dan daerah Hulu Langat ke mercu kebanggaan. Menang atau kalah adalah adat pertandingan....tetapi...biarlah kita tewas secara bermaruah andai mmg kemenangan belum menjadi rezeki kita.....dan sekiranya kita menang...biarlah kemenangan itu adalah suatu yg mutlak....tiada dapat disangkal oleh orang lain.....insyaAllah!

1 comment:

  1. Semasa saya bersekolah dahulu sering saya tanamkan dalam diri untuk mencipta sejarah. Sebaik-baik sejarah yang dicpta ialah sejarah kejayaan dalam hidup.

    Cikgu sudah berjaya mencipta sejarah begitu juga dgn pelajar. Ia tidak perlu sejarah besar atau kecil, yang indahnya ialah kejayaan mencipta sejarah.

    ReplyDelete