Tuesday, April 14, 2009

~~ Latihan Untuk Pertandingan Paluan Kompang & Formasi ~~





Pagi tadi telah diadakan latihan bagi memantapkan pukulan dan formasi. Walaupun tanpa leader yang tidak dapat hadir kerana demam, pasukan Kompang D'Perdana telah memberikan persembahan yang mantap semasa sesi latihan tersebut.....Catatan masa juga sangat baik....

Namun yang demikian, masih ada beberapa ahli pasukan yang perlu memperbaiki pergerakan kaki supaya tampak lebih 'smart' dan 'macho'...baru ler namanyer Kompang D'Perdana...hehehhe.

Sekalung penghargaan buat Puan Pengetua, Pn. Hjh Maimun Ahmad dan juga PK Kokurikulum, En. Yusup Hamid kerana memberi sepenuh sokongan kepada pasukan Kompang D'Perdana. Janji kami....akan melakukan yang terbaik pada pertandingan 18 April ini. Menang atau kalah...biarlah Allah s.w.t yang tentukan.....tapi kami pasti akan memberikan saingan kepada pasukan-pasukan lain. Kiranya bukan rezeki kami untuk menang, tahun hadapan pasti kami akan kembali ke gelanggang dengan satu perubahan!

Apa-apapun....doakan KEJAYAAN KAMI!

No comments:

Post a Comment